PASARAN > BERITA

TIADA PEMANGKIN BAHARU, BURSA MALAYSIA RENDAH SEDIKIT PADA TENGAH HARI

10/05/2024 02:05 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan rendah sedikit berbanding peningkatan awalnya, berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.64 mata atau 0.04 peratus kepada 1,600.58 berbanding 1,601.22 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras yang dibuka naik 2.24 mata pada 1,603.46, bergerak dalam julat 1,600.39 hingga 1,604.07 pada sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 509 berbanding 500 manakala 461 kaunter lain tidak berubah, 870 tidak diniagakan dan 26 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.66 bilion unit bernilai RM1.59 billion.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM9.87, Public Bank menokok satu sen kepada RM4.18 manakala CIMB meraih dua sen kepada RM6.77.

Tenaga Nasional sebaliknya turun enam sen kepada RM12.38 dan Petronas Chemicals merosot dua sen kepada RM6.98.

Bagi saham aktif, MRCB meraih dua sen kepada 71 sen, Pan Malaysia turun satu sen kepada 28.5 sen, Top Glove menambah tiga sen kepada 94.5 sen, AHB menokok 1.5 sen kepada 16 sen manakala Iconic tidak berubah pada 12 sen. 

Sementara itu, Annum Bhd mencetuskan kriteria menurut Nota Amalan No 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama pada 8 Mei dan dimasukkan dalam kategori PN17 pada Khamis.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 1.70 mata kepada 12,083.57, Indeks FBMT 100 turun 2.93 mata kepada 11,696.44 manakala Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 17.35 mata kepada 12,278.39.

Indeks FBM 70 menambah 2.69 mata kepada 16,958.79 manakala Indeks FBM ACE merosot 30.47 mata kepada 5,140.02.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 49.03 mata kepada 17,519.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.33 mata kepada 192.32, Indeks Perladangan turun 38.68 mata kepada 7,423.84 manakala Indeks Tenaga menguncup 5.59 mata kepada 983.06.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan