PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

09/05/2024 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjejaki kejatuhan diniaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 turun kepada US$2,319.0 setiap auns troy daripada US$2,326.60 pada penutup Rabu.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,328.90 setiap auns troy berbanding US$2,336.50 semalam.

Jumlah dagangan susut kepada 17 lot berbanding 28 lot semalam manakala kepentingan terbuka menurun kepada 52 kontrak daripada 61 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 8 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,309.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan