PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

08/05/2024 02:52 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia berubah rendah semasa tengah hari pada Rabu disebabkan aktiviti pengambilan untung muncul dalam saham mewah berikutan kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.35 mata mata atau 0.02 peratus kepada 1,605.33 daripada 1,605.68 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 1.28 mata kepada 1,606.96, bergerak antara 1,603.29 dan 1,610.25 pada sesi tersebut.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 531 berbanding 464 manakala 473 kaunter tidak berubah, 861 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.50 bilion unit bernilai RM1.70 bilion.

Penganalisis ActivTrades global macro Anderson Alves berkata ekuiti Asia mengalami dagangan tidak menentu dalam jajaran kecil hari ini.

"Pelabur juga menunggu petunjuk selanjutnya, mengenai prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan data senarai gaji AS (baru-baru ini) yang lebih rendah," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM9.81, Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.19, CIMB merosot enam sen kepada RM6.75, Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM12.38 dan IHH Healthcare menguncup satu sen kepada RM6.30.

Bagi saham aktif, BCM Alliance naik satu sen kepada dua sen, MYEG menambah 5.5 sen kepada 97.5 sen dan Harvest Miracle melonjak 0.5 sen kepada 11.5 sen, Techna-X tidak berubah satu sen manakala Classita merosot 0.5 sen kepada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.28 mata kepada 12,103.75, Indeks FBMT 100 naik 6.63 mata kepada 11,722.48, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 16.69 mata kepada 12,319.957, Indeks FBM 70 menambah 47.40 mata kepada 16,961.22, Indeks FBM ACE naik 10.95 mata kepada 5,098.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 63.67 mata kepada 17,461.41, Indeks Tenaga menokok 2.64 mata kepada 978.65, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.25 mata kepada 192.79 dan Indeks Perladangan menambah 62.09 mata kepada 7,501.74.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan