PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

07/05/2024 07:20 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang kukuh.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 dan Jun 2024, masing-masing naik 10.5 mata kepada 1,609.5 dan 1,610.0 manakala September 2024 dan Disember 2024, masing-masing menokok 11 mata kepada 1,599.0 dan 1,603.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 7,019 lot daripada 7,553 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 51,302 kontrak daripada 51,291 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 daripada 1,597.39 pada Isnin.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan