PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TINGGI PADA TENGAH HARI

06/05/2024 02:20 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh prestasi Wall Street yang lebih baik pada Jumaat lepas dengan sentimen baharu yang positif, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.39 mata kepada 1,593.98 daripada 1,589.59 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 2.21 mata kepada 1,591.80, bergerak antara 1,591.17 dan 1,595.42 pada sesi tersebut.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 500 berbanding 424 manakala 459 kaunter tidak berubah, 932 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM1.52 bilion.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen pelabur di Asia dijangka memulakan minggu ini dengan positif, menarik kekuatan daripada trajektori meningkat pada minggu lepas dalam saham global.

Beliau berkata ekuiti global mencatatkan peningkatan semula pada minggu lepas, disokong oleh laporan pendapatan yang positif, terutamanya daripada Apple dan Rizab Persekutuan yang kurang cenderung untuk menaikkan kadar faedah dalam pelarasan kadarnya.

“Ini menetapkan landasan untuk hari yang berpotensi menggalakkan bagi saham Asia,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM9.82, Public Bank naik lima sen kepada RM4.17, Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM12.40, CIMB menokok lima sen kepada RM6.69 dan IHH Healthcare naik dua sen kepada RM6.31.

Bagi saham aktif, SNS meningkat 8.5 sen kepada 48 sen, Iconic dan Ingenieur, masing-masing menambah setengah sen kepada 11 sen dan 12 sen, Dagang Nexchange naik 1.5 sen kepada 41.5 sen dan MYEG merosot satu sen kepada 91 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 39.38 mata kepada 12,009.49, Indeks FBMT 100 naik 37.39 mata kepada 11,634.51, Indeks FBM 70 menambah 76.17 mata kepada 16,813.19, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 20.35 mata kepada 12,213.65 dan Indeks FBM ACE naik 0.48 mata kepada 5,135.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 75.99 mata kepada 17,366.40, Indeks Tenaga merosot 2.33 mata kepada 964.52, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.20 mata kepada 192.04 dan Indeks Perladangan susut 47.89 mata kepada 7,371.98.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan