PASARAN > BERITA

SOKONGAN BELIAN NIAGA HADAPAN EMAS DIJANGKA KEKAL MINGGU DEPAN

27/04/2024 10:24 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan sokongan belian pada minggu hadapan berikutan kebimbangan geopolitik yang berlanjutan, pembelian emas fizikal yang ternyata kukuh di Asia serta defisit Amerika Syarikat (AS) yang terus ketara.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa pergerakan logam berharga itu akan turut berkait rapat dengan pergerakan dolar AS dalam masa terdekat.

Sepanjang tempoh dagangannya, kontrak niaga hadapan emas domestik kebanyakannya diniagakan lebih rendah berikutan penyusutan risiko berlakunya perang serta data ekonomi AS yang lemah.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan susut kepada 68 lot daripada 218 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka merosot kepada 17 kontrak daripada 120 kontrak.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak April 2024 susut kepada US$2,351.40 segram daripada US$2,389.40 manakala Mei 2024 turun kepada US$2,367.50 daripada US$2,405.50 pada minggu lepas.

Selain itu, kontrak bagi Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 juga berkurangan pada US$2,372.70 seunit berbanding US$2,410.70 seminggu sebelumnya.

Penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 25 April, 2024, menyaksikan harga emas fizikal pada US$2,318.70 bagi setiap auns troy.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan