BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
PASARAN

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

23/06/2022 07:41 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) --  Ringgit melantun semula daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi selepas mata wang Amerika Syarikat (AS) menyusut susulan daripada hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah, kata seorang penganalisis. 

Pada 6 petang ini, ringgit naik kepada 4.4045/4075  daripada 4.4050/4065 pada akhir urus niaga Rabu.

Penganalisis itu berkata dolar AS telah merosot, kehilangan semua keuntungan diperoleh pada hari sebelumnya kerana pelabur bimbang kemungkinan kemelesetan akan berlaku.

Pada Rabu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell berkata bank pusat itu komited untuk mengekang inflasi yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun manakala pelabur pula semakin bimbang bahawa pengetatan monetari yang agresif akan menyebabkan ekonomi AS mengalami kemelesetan.

"Di Malaysia, ringgit dijangka akan turun naik berbanding AS kerana kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemelesetan menjadikan peserta pasaran bersikap defensif," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3722/3758 daripada 5.3966/3984 pada Rabu dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1682/1706 daripada 3.1707/1722 dan melonjak berbanding euro kepada 4.6318/6349 daripada 4.6332/6348 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2534/2559 daripada  3.2392/2408 semalam.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan