Ahad, 25 Oktober 2020
PASARAN
16/10/2020 09:11 PM

Oleh Azlee Nor Mahmud

KUALA LUMPUR, 16 Okt  -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tanpa diniagakan untuk hari dagangan kesembilan berturut-turut hari ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Tan Jenn Yuan memberitahu Bernama bahawa prestasi emas rendah berikutan keraguan mengenai perjanjian rangsangan Amerika Syarikat (AS) sebelum pilihan raya presiden pada bulan depan yang menjejaskan permintaan terhadap logam itu sebagai lindung nilai inflasi.

Pada penutup, bulan semerta Oktober 2020, November 2020, Disember 2020 dan Januari 2021, masing-masing tidak berubah pada RM249.00, RM247.25, RM253 dan RM250.50 segram.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka kekal sebanyak 24 kontrak.

Pada 5 petang, harga emas fizikal meningkat RM1.75 sen kepada RM246.22 segram daripada RM244.47 segram pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan