JENAYAH & MAHKAMAH

KPDN Kelantan Sita Lebih 7,000 Kg Minyak Masak Bersubsidi

19/11/2026 02:59 PM

KOTA BHARU, 19 Nov (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 7,650 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi bernilai lebih RM19,000 di Kampung Teluk Rawa Labok, Machang, semalam.

Pengarah KPDN Kelantan Hanif Yusabra Yusuf berkata operasi kira-kira 12.30 tengah hari itu dijalankan oleh Unit Risikan dan Tindakan Khas KPDN dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.

Beliau berkata dua lelaki tempatan berusia 30 dan 40 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil operasi tersebut, pasukan penguat kuasa menemukan sejumlah besar minyak masak peket satu kilogram yang disimpan di dalam sebuah lori jenis Isuzu di hadapan sebuah rumah di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan