AM

Fadhlina Ziarah Keluarga Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael

26/06/2026 06:48 PM

MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas pada Rabu lepas.

Beliau menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata kunjungan itu bagi mewakili seluruh warga Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael.

“Semoga roh Allahyarham anakanda Muhammad Raiyan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan keluarga terus diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar tingkatan dua rebah sebelum meninggal dunia ketika mengikuti latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas, kira-kira 6 petang pada Rabu lepas.

Dalam kejadian itu, remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan baru menjalani latihan selama kira-kira 15 minit sebelum mengalami sesak nafas ketika mendengar taklimat yang disampaikan jurulatih selepas sesi rehat.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan