| BERITA TERGEMPAR | 2026 National Day celebrations to be held at Putrajaya Square on a modest scale - Fahmi | |
PETALING JAYA, 25 Jun (Bernama) -- LG Electronics Malaysia memperluas rangkaian runcit LG Subscribe kepada 130 kedai di seluruh negara, sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran sewa-beli peralatan pintar rumah di Malaysia di tengah-tengah peningkatan permintaan pengguna terhadap alternatif yang lebih fleksibel berbanding pemilikan konvensional.
Kedai terbaharu di Sunway Pyramid di sini menandakan pembukaan LG Subscribe Brand Store ke-130 syarikat itu sejak program itu diperkenalkan di Malaysia menerusi sebuah kiosk tunggal pada 2019.
Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia Justin Choi berkata pencapaian itu mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap LG Subscribe serta komitmen syarikat untuk membolehkan lebih ramai dapat menikmati pengalaman kehidupan di rumah lebih premium dengan cara yang lebih fleksibel dan mudah diakses.
“Apabila kami memulakan perjalanan ini, kami percaya rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi canggih di rumah mereka tanpa perlu dibatasi oleh kos pemilikan semata-mata, sebaliknya disokong oleh perkhidmatan dan penjagaan yang berterusan.
“Pencapaian ini membuktikan pendekatan tersebut tepat dan memberi inspirasi kepada kami untuk terus melangkah lebih jauh,” katanya pada majlis pelancaran LG Subscribe Brand Store terbaharu syarikat itu di sini hari ini.
Beliau berkata rangkaian itu kini merangkumi 58 lokasi di Lembah Klang, 29 di kawasan Utara, 23 di kawasan Selatan, 15 di Sabah dan Sarawak serta lima di seluruh Pantai Timur, menjadikan LG Subscribe memiliki rangkaian pelan sewa-beli peralatan pintar rumah berjenama paling meluas di Malaysia.
Setiap kedai dilengkapi dengan Zon Perkhidmatan Penyelenggaraan khusus yang membolehkan pelanggan mengetahui tentang penjagaan selepas jualan, penggantian penapis dan servis penyelenggaraan, selain petugas kedai turut melaksanakan inisiatif penglibatan digital termasuk sesi TikTok Live semasa waktu kurang sibuk untuk melengkapkan pengalaman pelanggan di kedai.
Bersempena dengan pembukaan cawangan baharu itu, LG melancarkan Filter Drop Campaign iaitu program yang menggalakkan pelanggan pelan sewa-beli untuk menghantar penapis terpakai mereka ke LG Subscribe Brand Store untuk dilupuskan secara bertanggungjawab.
Pelanggan yang menyertai program itu akan menerima hadiah percuma sebagai sebahagian pelaksanaan inisiatif itu yang bertujuan mengurangkan pelupusan sisa yang tidak betul sambil menyokong amalan selepas jualan yang lebih mampan.
Choi berkata kempen itu sebahagian daripada komitmen kelestarian LG yang lebih luas dengan setiap peralatan direka untuk menyokong pengguna sepanjang kitaran hayatnya melalui teknologi cekap tenaga, perkhidmatan penyelenggaraan dan amalan pelupusan yang bertanggungjawab.
“Seiring dengan Future Vision 2030, kami sedang mentransformasikan LG menjadi sebuah Smart Life Solution Company yang menghubungkan dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan bukan sahaja melalui produk tetapi juga sepanjang keseluruhan perjalanan mereka dengan produk LG.
“Daripada tenaga yang digunakan peralatan semasa beroperasi hingga kepada nasib komponennya apabila mencapai penghujung jangka hayatnya, komitmen LG terhadap kelestarian merangkumi keseluruhan perjalanan pemilikan.
“Itulah yang kami maksudkan dengan kehadiran yang berterusan dan lama selepas peralatan dipasang,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran LG Sam Hoo berkata pengembangan daripada sebuah kiosk tunggal kepada 130 kedai dalam tempoh tujuh tahun menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian peralatan rumah berasaskan pelan sewa-beli dalam kalangan pengguna Malaysia.
Hoo berkata LG Subscribe kini menawarkan lebih 60 unit penyimpanan stok (SKU) merangkumi 15 kategori produk termasuk penapis air, penapis udara, penyaman udara kediaman, peti sejuk, mesin basuh dan LG WashTower.
Antara produk paling popular dalam program itu ialah penapis air dan penapis udara manakala penyaman udara kediaman juga terus merekodkan permintaan yang kukuh.
Hoo berkata pemilihan Sunway Pyramid sebagai lokasi LG Subscribe Brand Store ke-130 susulan trafik pengunjung yang ramai serta profil pelanggan yang hampir sepadan dengan pasaran sasaran LG Subscribe.
Ditanya kelebihan LG berbanding pesaing yang menawarkan perkhidmatan serupa, beliau berkata syarikat itu menggabungkan rangkaian kedai sewa-beli terbesar di negara ini dengan antara portfolio produk paling meluas dalam pasaran dan pilihan penyelenggaraan fleksibel yang disesuaikan mengikut keutamaan pelanggan.
Beliau berkata pelanggan boleh memilih antara penyelenggaraan kendiri atau profesional sepanjang tempoh sewaan sehingga tujuh tahun, selain mendapat manfaat daripada teknologi inverter cekap tenaga LG yang membantu mengurangkan penggunaan elektrik dan menurunkan kos operasi jangka panjang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial