POLITIK

PSM Pertaruh Calon Tunggal Pada PRN Johor

25/06/2026 11:11 PM

JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan calon tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menamakan Amir Syafiq Ameer Soekre untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

Timbalan Pengerusi PSM S. Arutcelvan berkata keputusan parti mengetengahkan calon tunggal pada PRN Johor bagi memberikan tumpuan di kawasan berpotensi memberi impak kepada perjuangan parti di samping mengambil kira kos pilihan raya yang tinggi.

“Pilihan raya ini mahal dan kebiasaannya hanya parti besar mempunyai sumber mencukupi. Jadi PSM memilih untuk bertanding di kawasan strategik yang boleh memberi impak terbaik kepada parti,” katanya pada sidang media calon PSM sempena PRN Johor di sini hari ini.

Beliau berkata DUN Skudai dipilih kerana ia kawasan bandar yang berdepan pelbagai isu melibatkan golongan pekerja dan perumahan, selain selari dengan agenda PSM membawa suara masyarakat.

Amir Syafiq, 40, yang merupakan Setiausaha PSM Johor dan aktivis hak pekerja mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Teesside University, United Kingdom.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan