KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari melangkah ke separuh akhir Final Jelajah PSA 2025/2026 selepas menewaskan wakil Jepun Satomi Watanabe awal pagi tadi.
Pada aksi berlangsung Centquatre-Paris, Perancis, pemain berusia 27 tahun itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawannya 11-9, 11-6, 11-9 dalam tempoh 35 minit.
Menanti Sivasangari di separuh akhir yang dijadualkan berlangsung awal pagi Sabtu waktu Malaysia, ialah pilihan pertama kejohanan Amina Orfi dari Mesir.
Terdahulu, Amina mengesahkan slot di separuh akhir selepas menumpaskan wakil Belgium, Tinne Gilis 11-1, 11-8, 6-11, 11-5 dalam tempoh 57 minit.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial