DUNIA

Qingdao Bakal Anjur Ekspo e-Dagang Rentas Sempadan Lembangan Sungai Kuning

16/06/2026 02:48 PM

QINGDAO (China), 16 Jun (Bernama-CMG) -- Ekspo E-dagang Rentas Sempadan Lembangan Sungai Kuning 2026 dijadual berlangsung di bandar Qingdao, provinsi Shandong dari 25 hingga 27 Jun ini.

Membabitkan ruang pameran seluas 23,000 meter persegi, acara berkenaan menarik penyertaan hampir 800 syarikat daripada lebih 60 kluster perindustrian.

Menurut pihak penganjur, hampir 40 platform e-dagang rentas sempadan turut berdaftar untuk mengambil bahagian.

Perkhidmatan digital dijangka menjadi tumpuan utama ekspo kali ini.

Ekspo itu turut menampilkan bengkel kecerdasan buatan (AI) yang memfokuskan kepada pengaplikasian teknologi pintar dalam pemilihan produk, perkhidmatan pelanggan dan penjanaan kandungan bagi membantu syarikat tradisional memanfaatkan teknologi baharu pada kos yang lebih rendah.

Selain kluster perindustrian dari Lembangan Sungai Kuning serta wilayah Xinjiang, ekspo itu buat julung kalinya menampilkan kluster dari selatan China, termasuk provinsi Fujian dan Zhejiang, sekali gus memaparkan landskap pembangunan terselaras antara wilayah utara dengan selatan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan