AM

Dzulkefly Syukur Pemindahan Hati Raif Rabbani Berjaya

12/06/2026 11:28 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) --Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan rasa syukur atas kejayaan prosedur pemindahan hati membabitkan seorang remaja berusia 15 tahun, Muhammad Raif Rabbani di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini, selepas sekian lama berjuang melawan penyakit biliary atresia sejak bayi.

“Setelah cekal berjuang melawan biliary atresia sejak bayi, beliau kini telah dibenarkan pulang ke rumah. Semoga adik Raif dikurniakan kesihatan untuk kembali berbakti kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

.Dalam masa sama, Dzulkefly turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan pakar dan petugas kesihatan HTA atas kejayaan prosedur berkenaan, selain merakamkan penghormatan kepada penderma organ serta keluarga yang bersetuju untuk memberikan peluang kehidupan baharu kepada pesakit lain melalui pendermaan organ.

Raif Rabbani telah berjaya menjalani pemindahan hati daripada penderma yang telah meninggal dunia pada 14 April lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan