DUNIA

Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih Dorong Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

11/06/2026 02:56 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.86 mata kepada 1,677.10 daripada 1,678.96 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.58 mata lebih rendah pada 1,677.38 dan bergerak antara 1,674.65 hingga 1,680.30 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, sentimen pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 582 berbanding 407, manakala 491 kaunter tidak berubah, 1,211 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.96 bilion saham bernilai RM1.10 bilion.

Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata Bursa Malaysia dijangka menjejaki penurunan berterusan di Amerika Syarikat (AS) serta berdepan tekanan jualan baharu hari ini, sekali gus mewujudkan peluang belian pada harga rendah dalam saham perbankan.

“Dalam masa sama, pemulihan harga minyak mentah dijangka memberi manfaat kepada syarikat berkaitan minyak dan kimia termasuk Petronas Chemicals, Heng Yuan dan Hibiscus Petroleum,” katanya.

Firma itu turut berkata sektor perladangan kekal menjadi pilihan susulan pelaksanaan agresif mandat biodiesel B45/B50 oleh Indonesia serta jangkaan berlakunya fenomena El Niño dalam beberapa bulan akan datang.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.07 peratus kepada 4,962.17, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.11 peratus kepada 24,136.17, Kospi Korea Selatan meningkat 0.31 peratus kepada 7,755.12, manakala Nikkei Jepun naik 0.28 peratus kepada 64,361.11.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.68, Public Bank susut empat sen kepada RM4.76, Tenaga Nasional meningkat 12 sen kepada RM14.34, CIMB merosot lima sen kepada RM7.35 dan IHH Healthcare turun enam sen kepada RM8.61.

Bagi saham aktif, Zetrix susut tiga sen kepada 81.5 sen, VS Industry berkurang satu sen kepada 20 sen, manakala pendatang baharu Pasaran ACE MM Computer Systems dan Hong Seng masing-masing tidak berubah pada 22 sen dan satu sen.

Antara kaunter untung tertinggi, Nestle meningkat 98 sen kepada RM94.76, Kuala Lumpur Kepong naik 34 sen kepada RM20.82, Batu Kawan menokok 32 sen kepada RM20.60, Fraser and Neave meningkat 26 sen kepada RM26.04 dan Hong Leong Industries naik 24 sen kepada RM18.24.

Sementara itu, antara kaunter rugi utama, BLD Plantation susut 70 sen kepada RM14.30, Ideal Capital berkurang 60 sen kepada RM3.50 dan United Plantation jatuh 54 sen kepada RM31.76.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 25.45 mata kepada 12,431.03, Indeks FBM Top 100 berkurang 24.35 mata kepada 12,277.87, dan Indeks FBM Emas Shariah turun 7.69 mata kepada 12,408.80.

Indeks FBM Mid 70 merosot 81.53 mata kepada 17,870.36, manakala Indeks FBM ACE turun 22.17 mata kepada 4,638.48.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 69.52 mata kepada 19,512.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.30 mata kepada 198.13, Indeks Tenaga menokok 4.09 mata kepada 782.86, dan Indeks Perladangan meningkat 2.85 mata kepada 8,797.07.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan