AM

Agong Zahir Pandangan Pembangunan Kuala Lumpur Perlu Beri Manfaat Menyeluruh Kepada Rakyat

04/06/2026 10:45 AM

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan pandangan dan nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur dengan menekankan kepentingan tadbir urus yang berkesan, penyampaian perkhidmatan yang cekap serta usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup warga kota.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan yang seimbang agar setiap perancangan dan pelaksanaan dasar memberikan manfaat menyeluruh kepada masyarakat. 

Perkara itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong ketika berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh di Istana Negara, hari ini.

“Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai Reformasi Kuala Lumpur oleh YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan perancangan bandar,” menurut hantaran itu.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan