RAMALLAH, 4 Jun (Bernama-Anadolu) -- Jawatankuasa Pusat pergerakan Palestin Fatah pada Rabu memilih Hussein al-Sheikh sebagai timbalan ketuanya, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik jurucakap pergerakan itu.
Pemilihan itu dibuat semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baharu dibentuk susulan pemilihan rasmi anggotanya bulan lepas pada Persidangan Agung Kelapan pergerakan itu pada 2026, kata Iyad Abu Zneit.
Tokoh kanan Fatah Mahmoud al-Aloul telah berkhidmat sebagai timbalan ketua pergerakan Fatah sejak 2017, sekali gus menjadi individu pertama menyandang jawatan itu.
Dengan keputusan itu, Hussein al-Sheikh menjadi individu kedua menyandang jawatan berkenaan.
Pada 18 Mei lepas, Fatah mengumumkan pemilihan 18 anggota ke Jawatankuasa Pusat dan 80 anggota ke Majlis Revolusi sebagai sebahagian daripada perjalanan persidangan kelapannya.
Keputusan rasmi awal persidangan itu menunjukkan pemilihan 18 anggota ke Jawatankuasa Pusat, termasuk Yasser Abbas, anak kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Pada hari pertama persidangan selama tiga hari itu, Fatah memperbaharui pemilihan Mahmoud Abbas sebagai presiden pergerakan itu dan komander umumnya.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial