AM

Warga Emas Hilang Ketika Cari Sarang Burung Ditemukan Selamat - Bomba

03/06/2026 05:16 PM

LAHAD DATU, 3 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas Ismail Ibrahim, 61, yang dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung di Gua Tepadung minggu lepas, ditemukan selamat oleh pekerja ladang di kawasan berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pengurus ladang berkenaan telah menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan penemuan lelaki itu.

"Pasukan bomba telah ke lokasi mangsa ditemukan bagi mengesahkan perkara itu dan warga emas itu berada dalam keadaan selamat namun lemah," katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung bersama dua rakannya di Gua Tepadung pada 26 Mei dan usaha mencari lelaki itu dilakukan secara sendiri namun berdepan jalan buntu.

Polis kemudian menerima laporan pada Ahad lepas sebelum operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan termasuk melibatkan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan