AM

PMO, GKMM Perluas Program Qurban Media 2.0 Ke Enam Negeri Tahun Ini

27/05/2026 06:29 PM

PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) bersama Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) memperluas pelaksanaan program Qurban Media 2.0 ke enam negeri tahun ini.

GKMM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program tahun ini yang merupakan penganjuran kali kedua mencerminkan komitmen berterusan PMO dalam memperkukuh hubungan dengan pengamal media di seluruh negara menerusi program berteraskan kebajikan dan komuniti.

"Pada tahun ini, ibadah korban dilaksanakan di enam lagi negeri iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang," menurut kenyataan itu.

Program itu melibatkan kerjasama daripada Kelab Media Johor (KMJ), Kelab Media Putrajaya (KMP), Kelab Wartawan Kuala Lumpur & Selangor (KLS), Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA), Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dan Pahang Press.

"GKMM mengucapkan terima kasih khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO atas sumbangan serta inisiatif kolaborasi bagi tujuan menjayakan program korban pada tahun ini," menurut kenyataan itu.

GKMM memaklumkan selain mengeratkan silaturahim, program itu juga bertujuan menyemai semangat keprihatinan dan menyumbang kepada golongan memerlukan selaras prinsip MADANI iaitu kesejahteraan dan ihsan.

"Semoga program ini memberi pengalaman berguna kepada semua pengamal media yang terlibat serta membantu masyarakat yang memerlukan, sekali gus memenuhi prinsip teras MADANI iaitu kesejahteraan dan ihsan," menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan