DUNIA

Rusia, China Suarakan Kebimbangan Pengukuhan Ketenteraan Di Artik Oleh AS Dan Sekutunya

20/05/2026 10:06 PM

MOSCOW, 20 Mei (Bernama-Anadolu) -- Rusia dan China pada Rabu menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang disifatkan sebagai “peningkatan pengukuhan ketenteraan di Artik oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya,” lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam deklarasi bersama mengenai usaha memperkukuh lagi penyelarasan strategik menyeluruh serta memperdalam hubungan kejiranan baik dan kerjasama persahabatan, yang diterima pakai selepas rundingan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping di Beijing, kedua-dua negara menegaskan kepentingan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara Artik.

Moscow dan Beijing menegaskan yang mereka mahu mengekalkan Artik sebagai “wilayah keamanan, kestabilan dan ketegangan ketenteraan-politik yang rendah.”

“Kedua-dua pihak menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti ketenteraan kawasan latitud tinggi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, serta menegaskan komitmen mereka terhadap norma undang-undang antarabangsa di Artik,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menekankan kepentingan membangunkan “dialog konstruktif dan kerjasama saling menguntungkan” di rantau berkenaan melalui mekanisme pelbagai hala termasuk Majlis Artik.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan