SUKAN

Jawatankuasa RTG Sedia Pertimbang Kemasukan Semula Muhammad Azizulhasni

20/05/2026 01:53 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Road To Gold (RTG) dalam pertimbangan untuk menyenaraikan semula legenda basikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang ke dalam program elit itu.

Penyelaras RTG Datuk Stuart Ramalingam bagaimanapun berkata pelumba yang mendapat julukan the pocket rocketman itu, perlulah menepati krieteria yang ditetapkan iaitu perlu berada di kelompok lapan terbaik dunia.

“Untuk program RTG, kita mengharapkan prestasi Datuk (Muhammad) Azizulhasni yang semakin lama semakin baik boleh diterima masuk dalam program RTG. Kami sentiasa terbuka buat Datuk (Muhammad)  Azizulhasni kembali semula ke RTG.

“Tetapi sebagaimana semua tahu kriteria RTG adalah jelas, setelah mereka capai kedudukan lapan terbaik dunia, beliau akan diterima semula secara automatik,” katanya ketika semalam.

Untuk rekod, Muhammad Aziulhasni ketika ini berada di kedudukan ke-23 dunia hasil daripada dua pingat emas dalam acara keirin di Siri Trek Piala Dunia baru-baru ini.

Selain itu beliau juga turut cemerlang meraih gangsa dalam acara pecut individu juga pada Siri Trek Piala dunia yang berlangsung di Nilai dan Perth Australia.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan