KUCHING, 19 Mei (Bernama) -- Pusat Kanser Sarawak berkapasiti 310 katil kini pada peringkat perolehan tender bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata kontrak projek itu dijangka dianugerahkan menerusi pengeluaran Surat Setuju Terima pada suku pertama 2027.
“Tempoh pembinaan projek ialah lima tahun dan dijadual siap pada 2032. Saya telah menggesa JKR Persekutuan supaya mempercepat projek ini dengan sasaran siap menjelang 2030,” katanya ketika menggulung perbahasan kementerian bagi usul penghargaan atas ucapan Yang Dipertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang meluluskan pendahuluan RM1 bilion bagi membiayai projek itu sebelum dibayar balik oleh kerajaan Persekutuan.
“Selain itu, kerajaan negeri meluluskan tambahan lebih RM500 juta bagi perolehan peralatan perubatan untuk projek ini,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial