EKONOMI

Anak Syarikat Maxis Terbit Dua Siri Baharu Sukuk Murabahah Berjumlah RM1 Bilion

19/05/2026 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB) menerbitkan dua siri baharu Sukuk Murabahah, berjumlah RM1.0 bilion dalam nilai nominal, selaras dengan program Sukuk Murabahah tanpa penarafan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maxis memaklumkan MBSB menerbitkan dua Sukuk Murahabah bernilai RM500 juta, masing-masing dengan tempoh tujuh tahun dan 10 tahun.

Menurut penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu, hasilnya akan digunakan untuk pembiayaan semula hutang, perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja am.

Terbitan baharu itu adalah sebahagian daripada Program Sukuk Murabahah Tanpa Penarafan bernilai RM10.0 bilion yang diwujudkan oleh MBSB pada 29 Jun 2016.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan