KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 2026) daripada RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam satu kenyataan, KWSP berkata angka itu termasuk keuntungan dan kerugian sekuriti yang belum direalisasikan berdasarkan pasaran, selaras dengan tahun-tahun sebelumnya, yang berlaku terutamanya daripada turun naik kadar pertukaran asing.
Pendapatan ekuiti pula meningkat sebanyak 88 peratus kepada RM20.34 bilion pada suku pertama 2026 berbanding RM10.80 bilion pada suku pertama 2025, didorong oleh keuntungan pasaran yang meluas pada awal suku tersebut, memandangkan pengukuhan sentimen pelabur telah meningkat kebanyakan terhadap indeks utama.
“Bagaimanapun, momentum ini menyusut pada Mac apabila ketegangan geopolitik semakin meningkat dan ketidaktentuan global mencetuskan peningkatan turun naik pasaran,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial