AM

Malaysia Bersama Negara Sahabat Usaha Aktivis GSF Dibebaskan Segera - PM Anwar

19/05/2026 12:49 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi. 

“Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin. 

“Doakan agar segala usaha ini dipermudahkan, Insya-Allah. Hasbunallah wa ni‘mal wakil,” katanya. 

Semalam, Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sembilan kapal GSF yang dinaiki 16 rakyat Malaysia telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 8 malam waktu Malaysia.

Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kapal mereka dihampiri secara agresif oleh IOF ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan