KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) sedang memudahkan akses Kemudahan Bantuan Penstabilan (SRF) PKS Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan gangguan operasi dan aliran tunai akibat konflik di Asia Barat.
Bank itu menyatakan kemudahan berkenaan direka sebagai penyelesaian modal kerja untuk membantu perniagaan yang berdaya maju merapatkan jurang mudah tunai jangka pendek dan memenuhi obligasi kewangan mereka tanpa menjejaskan pertumbuhan jangka panjang.
“Di bawah kemudahan ini, PKS yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM750,000 untuk digunakan secara khusus bagi keperluan modal kerja pada kadar pembiayaan sehingga 3.75 peratus setahun, dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.
"Kemudahan ini disokong oleh perlindungan jaminan sehingga 80 peratus daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd," menurutnya dalam satu kenyataan.
Permohonan dibuka dari 15 Mei sehingga 31 Disember, 2026, atau sehingga peruntukan sebanyak RM5 bilion telah digunakan sepenuhnya, jelas bank itu sambil menambah pelanggan HLB digalakkan menghubungi pengurus perhubungan mereka untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial