ALOR SETAR, 18 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang disyaki menikam leher seorang wanita dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, dekat sini, malam tadi, direman selama tujuh hari sehingga 24 Mei depan bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noor Shifa Mohd Hamzah bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berusia 32 tahun itu tiba di lokap mahkamah di sini pada 8.20 pagi dengan kenderaan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata suspek ditahan di kawasan masjid di Taman Uda, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, dekat sini, pada 1.50 pagi tadi.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita cedera parah di leher dipercayai ditikam seorang lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada 9.19 malam itu, mangsa yang berusia 35 tahun ditikam di bahagian leher kanan oleh suspek dalam kereta jenis Mazda milik mangsa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial