RIYADH, 17 Mei (Bernama-SPA) -- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menggesa jemaah haji supaya memelihara dan memakai kad Nusuk sepanjang melaksanakan ibadah haji mereka, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Kad itu berfungsi sebagai alat pengenalan utama dan memudahkan pergerakan antara tapak suci dan lokasi perkhidmatan.
Kad Nusuk juga mempercepat akses kepada kemudahan dan sokongan di seluruh tapak perkhidmatan, membantu pasukan lapangan dalam memberikan bimbingan terutamanya dalam kes-kes kekeliruan.
Jemaah haji dinasihatkan untuk memastikan data kad sentiasa jelas kelihatan pada setiap masa untuk mendapat manfaat sepenuhnya perkhidmatan.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial