AM

Ahmad Zahid, KSN Rafak Sembah Ucapan Hari Keputeraan Raja Perlis

17/05/2026 05:07 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merafak sembah setinggi-tinggi tahniah bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Zahid menitipkan doa agar Tuanku Syed Sirajuddin sentiasa dilimpahi rahmat dan dikurniakan keafiatan berpanjangan.

“Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku (DYMM) sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan keafiatan berpanjangan serta berada dalam kesejahteraan dan lindungan Allah SWT. Daulat Tuanku!,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Azri turut menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku Syed Sirajuddin yang mengurniakannya Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) yang disifatkan beliau sebagai membawa makna amat besar kepada dirinya serta seluruh warga penjawat awam.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah SWT agar dengan taufik dan inayah-Nya, DYMM Tuanku dikurniakan usia yang panjang, rahmat kesejahteraan dan kesihatan, begitu juga DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis serta seluruh Kerabat Diraja.

“Semoga DYMM Tuanku kekal memerintah negeri Perlis Indera Kayangan dengan adil dan saksama,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan