JENAYAH & MAHKAMAH

Pemotong Kayu Disyaki Dera Anak Tiri Disambung Reman Hingga Khamis

17/05/2026 02:36 PM

DUNGUN, 17 Mei (Bernama) -- Reman terhadap seorang pemotong kayu bagi membantu siasatan kes dera anak tiri lelakinya berusia lima tahun di Kampung Besol Baru, Bukit Besi di sini disambung lima hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun DSP Jumaidy Bah Chong Weh berkata perintah reman hingga Khamis ini dikeluarkan Mahkamah Majistret pagi tadi selepas tempoh reman asal pada Isnin lepas berakhir hari ini.

"Mahkamah membenarkan permohonan pihak polis untuk mendapatkan sambungan reman bermula hari ini hingga 21 Mei bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun pada 10 Mei lepas bagi membantu siasatan setelah terdapat kesan melecur pada jari manis sebelah kiri tangan anak tirinya dipercayai dibakar suspek menggunakan pemetik api pada April lepas.

Jumaidy berkata setakat ini polis telah memanggil empat individu termasuk seorang kanak-kanak untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan