PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan kongsi utama dalam membangunkan sektor pertanian moden dan mampan bagi mendepani cabaran global termasuk perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan geopolitik.
Perkara itu ditekankan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian D McFeeters bersama delegasi majlis itu, semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini, Mohamad berkata Malaysia turut berhasrat meningkatkan kerjasama dan pelaburan dengan AS dalam sektor padi dan ruminan, selain penanaman jagung bijirin secara besar-besaran bagi menyokong industri makanan haiwan domestik.
"Sesi dialog telah memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertanian regeneratif (regenerative agriculture), bekalan baja dan juga hala tuju sektor pertanian Malaysia," menurut kenyataan itu.
Menurut KPKM, Mohamad turut menjemput delegasi USABC untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 yang dijadualkan pada 28 Ogos hingga 6 September ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial