BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
 AM

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Hospital Seri Iskandar

14/05/2026 01:03 PM

SERI ISKANDAR, 14 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Hospital Seri Iskandar, di sini hari ini. 

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. 

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dan Timbalannya Datuk Hanifah Hajar Taib. 

Sultan Nazrin kemudian berkenan menandatangani  plak perasmian sebagai simbolik penyempurnaan perasmian sebelum baginda berdua melawat persekitaran hospital serta pameran. 

Terdahulu, Dzulkefly dalam sembah ucapannya berkata Hospital Seri Iskandar yang dibina dengan kos RM162.3 juta mula beroperasi sepenuhnya sejak Dis 2024.

Beliau berkata hampir 40,000 pesakit telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan setakat ini. 

"Ia membawa satu sinar harapan kepada lebih 94,000 penduduk di 12 mukim di Perak Tengah. 

"Jika dahulu, warga emas dari Pasir Salak atau ibu-ibu dari Pulau Tiga mungkin terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan pakar, kini, kemudahan bertaraf dunia sudah berada depan mata mereka," katanya. 

Dzulkefly berkata hospital itu mempunyai 401 petugas serta lima Pakar Perubatan Dalaman dan Kecemasan. 

Selain itu, hospital itu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden seperti Dewan Bersalin, Unit Hemodialisis, serta High Dependency Unit (HDU). 

"Semua kemudahan ini disediakan agar kualiti hidup rakyat terus meningkat. Patik percaya, rakyat yang sihat adalah aset terpenting negeri. 

"Hanya dengan rakyat yang sihat, agenda pembangunan negeri Perak dan negara MADANI dapat direalisasikan dengan jayanya," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan