DUNIA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Bursa Serantau

14/05/2026 10:07 AM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 4.28 mata kepada 1,750.59 daripada 1,746.31 semasa ditutup pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 2.79 kepada 1,749.10.

Keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 216 berbanding 133 manakala 310 kaunter tidak berubah, 2,088 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 150.10 juta saham bernilai RM72.86 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pelabur kekal tertumpu kepada lawatan negara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke China walaupun dagangan adalah bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Firma pembrokeran itu menjangka FBM KLCI mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menunggu perincian yang lebih jelas daripada lawatan itu.

“Walaupun sektor teknologi kekal berdaya tahan, disokong oleh pengaruh syarikat gergasi teknologi AS yang melawat China dan kerjasama strategik baru-baru ini melibatkan ARM Holdings, kami menasihatkan peniaga untuk menunggu harga saham turun sedikit atau mempertimbangkan penjualan sebahagian saham untuk mengambil keuntungan.

“Langkah ini memandangkan kebanyakan saham teknologi yang disenaraikan di bursa pada masa ini terlebih beli,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM11.24, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.90, CIMB meningkat tiga sen kepada RM7.95 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.72 dan IHH Healthcare susut empat sen kepada RM8.95.

Bagi saham paling aktif, NationGate meningkat tujuh sen kepada 86 sen manakala GIBB Holdings dan Dnonce Technology masing-masing naik setengah sen kepada 27.5 sen dan 4.5 sen. Euro Holdings dan Zetrix AI tidak berubah pada 8.5 sen dan 83.5 sen manakala Pharmaniaga rendah setengah sen kepada 24.5 sen.

Kaunter paling untung termasuk Malaysian Pacific Industries yang meningkat 58 sen kepada RM44.38 manakala UMS Integration dan PTT Synergy masing-masing naik 11 sen kepada RM8.91 dan RM1.78. Unisem menokok sembilan sen kepada RM3.99 manakala SD Guthrie dan VSTECS masing-masing menambah lapan sen kepada RM6.08 dan RM5.55.

Antara kaunter paling rugi menyaksikan Petronas Dagangan susut 34 sen kepada RM20.76 manakala Gamuda dan Sunway Construction masing-masing rendah lima sen kepada RM4.60 dan RM7.15. Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM5.44.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.96 mata kepada 12,965.20, Indeks FBM Top 100 naik 28.85 mata kepada 12,803.06, Indeks FBM Emas Shariah menambah 17.92 mata kepada 12,885.97 dan Indeks FBM Mid 70 naik 31.36 mata kepada 18,580.17.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE susut 4.96 mata kepada 4,747.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 66.23 mata kepada 20,368.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.69 mata kepada 1,200.42, Indeks Tenaga menambah 1.02 mata kepada 806.96 dan Indeks Perladangan naik 21.92 mata kepada 8,741.17.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan