AM

Malaysia-UK Perkukuh Kerjasama Tenaga Hijau Dan Pembangunan Mampan

13/05/2026 08:42 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia dan United Kingdom (UK) terus memperkukuh  hubungan kerjasama dalam bidang tenaga hijau serta pembangunan mampan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata UK kekal sebagai antara rakan perdagangan strategik penting Malaysia dan pelbagai insiatif dibincangkan demi manfaat bersama.

“Menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia di Menara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Putrajaya hari ini.

“Antara fokus utama perbincangan ialah kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan pembangunan mampan,” katanya selepas pertemuan itu. 

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata Ajay turut menyatakan komitmen untuk terus mempererat kerjasama Malaysia dan UK dalam sektor itu ke arah masa depan yang lebih lestari.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan