POLITIK

Masidi Dilantik Timbalan Pengerusi GRS

12/05/2026 09:36 PM

KOTA KINABALU, 12 Mei (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Kewangan Negeri, hari ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu disahkan Masidi ketika dihubungi Bernama hari ini dan memberitahu ia telah diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) GRS petang ini.

“Betul. Kita ada mesyuarat MT GRS petang tadi,” katanya ringkas.

Empat lagi Timbalan Pengerusi GRS ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Presiden Parti Cinta Sabah Tan Sri Anifah Aman, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Tan Sri Liew Yun Fah dan Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Chin Su Phin.

Presiden PGRS Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri merupakan penyandang Pengerusi GRS.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, mengambil alih jawatan Setiausaha Agung GRS yang sebelum ini disandang Masidi.

Setiausaha Agung PGRS Razali Razi pula menggantikan Armizan sebagai Timbalan Setiausaha Agung GRS.

Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang sebelum ini merupakan Timbalan Bendahari Agung GRS, dilantik sebagai Bendahari Agung GRS. 

Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri kekal sebagai Ketua Penerangan GRS.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi GRS.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan