AM

Jururawat Main Peranan Besar Dalam Sistem Kesihatan Negara - Ahmad Zahid

12/05/2026 06:01 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada semua jururawat di Malaysia atas jasa dan keikhlasan yang mereka curahkan demi rakyat serta negara.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, beliau berkata berbekalkan sifat sabar, prihatin dan dedikasi yang tinggi, mereka memainkan peranan amat besar dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan baik.

"Senyuman dan layanan penuh ihsan daripada seorang jururawat sering menjadi kekuatan buat pesakit serta keluarga yang sedang melalui saat sukar,” katanya.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar segala urusan jururawat di seluruh Malaysia sentiasa dipermudah dan setiap pengorbanan serta kebaikan yang dilakukan dikurniakan ganjaran besar oleh Allah SWT.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan