DUNIA

Pengeluaran, Jualan Dan Eksport BEV China Terus Meningkat Pada April

12/05/2026 03:20 PM

BEIJING, 12 Mei (Bernama-CMG) -- Pengeluaran, jualan dan eksport kenderaan elektrik bateri (BEV) China terus mencatat pertumbuhan positif pada April.

Menurut Persatuan Industri Automobil China pada Isnin, pengeluaran dan jualan BEV negara itu bagi April masing-masing meningkat 5.5 peratus dan 9.7 peratus tahun ke tahun, kepada 1.32 juta unit dan 1.344 juta unit.

Sementara itu, jualan BEV merangkumi 53.2 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaan baharu. 

Bagi segmen eksport, jumlah eksport BEV mencecah 430,000 unit pada April, meningkat 1.1 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Bagi tempoh Januari hingga April, China mengeksport sebanyak 1.384 juta unit BEV, meningkat 1.2 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Persatuan itu turut memaklumkan bahawa transformasi industri automotif China semakin dipacu ke arah elektrifikasi, teknologi pintar dan integrasi antara sektor.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan