MIRI, 7 Mei (Bernama) -- Seorang wanita kerugian RM281,700 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa berusia 40 tahun yang juga seorang peniaga tempatan membuat laporan polis mengenai kejadian itu semalam.
Beliau berkata mangsa diperkenalkan kepada pelaburan saham itu melalui seorang individu yang baru dikenali menerusi aplikasi WhatsApp, sebelum berurusan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai ‘Encik Mike’.
“Mangsa tertarik dengan pelaburan itu dan telah membuat lapan transaksi ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM281,700 seperti diarahkan suspek,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Mohd Farhan berkata mangsa menyedari ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan ketika mahu menuntut keuntungan daripada pelaburan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial