KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada dagangan tengah hari Khamis, dipacu oleh minat belian baharu terhadap saham perbankan dan kewangan.
Perkembangan itu dicatatkan ketika pasaran menunggu pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) pada petang ini.
Kalangan penggiat pasaran menjangkakan bank pusat itu mengekalkan kadar OPR pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.63 mata atau 0.26 peratus kepada 1,761.50 daripada paras penutupan 1,756.87 semalam.
Indeks penanda aras berkenaan yang dibuka meningkat 5.94 mata kepada 1,762.81, turut bergerak dalam julat 1,758.42 hingga 1,768.46 sepanjang sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 588 berbanding 494 manakala 557 kaunter tidak berubah, 1,012 tidak diniagakan dan sembilan digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 2.32 bilion unit bernilai RM2.00 bilion.
Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank meraih 15 sen kepada RM4.94, CIMB Group naik sembilan sen kepada RM8.02, Maybank meningkat enam sen kepada RM11.28, Tenaga Nasional untung dua sen kepada RM14.82 manakala IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM8.90.
Saham paling aktif didahului Pegasus Heights yang tidak berubah pada setengah sen, Zetrix AI susut setengah sen kepada 86.5 sen, AirAsia X naik empat sen kepada RM1.29, SMRT Holdings menokok 1.5 sen kepada 21.5 sen manakala Capital A menambah satu sen kepada 44.5 sen.
Kaunter paling untung menyaksikan Fraser & Neave Holdings yang naik 90 sen kepada RM30.00, Nestle meraih 70 sen kepada RM101.60, Hong Leong Bank menambah 52 sen kepada RM22.64 manakala Malayan Cement dan Allianz Malaysia masing-masing meningkat 36 sen kepada RM7.03 dan RM21.16.
Sebaliknya kaunter dengan kerugian ketara termasuk Petronas Chemicals yang merosot 43 sen kepada RM5.44, MISC turun 37 sen kepada RM8.31, Press Metal Aluminium berkurangan 22 sen kepada RM8.60, Gas Malaysia susut 20 sen kepada RM5.30 dan Bintulu Port rugi 15 sen kepada RM5.50.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 33.53 mata kepada 12,997.02, Indeks FBMT 100 naik 34.80 mata kepada 12,842.19, Indeks FBM 70 melonjak 54.48 mata kepada 18,462.82, Indeks FBM Emas Shariah susut 53.55 mata kepada 12,871.72 dan Indeks FBM ACE menguncup 9.80 mata kepada 4,652.20.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 281.87 mata kepada 20,518.10, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 3.03 mata kepada 194.49, Indeks Tenaga susut 15.34 mata kepada 816.45 dan Indeks Perladangan berkurangan 14.50 mata kepada 8,953.47.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial