AM

Agong Berangkat Ke Moscow Atas Jemputan Khas Kerajaan Rusia

06/05/2026 11:57 AM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada 8 pagi ini.

Jemputan khas daripada Presiden Rusia Vladimir V. Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

Berangkat sama ke Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Ibrahim ialah paduka anakanda Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad.

Hadir sama, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta pegawai kerajaan negeri.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan