AM

JPBD Isytihar Penamatan Bencana Kebakaran Di Sandakan

05/05/2026 09:23 PM

KOTA KINABALU, 5 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengisytiharkan penamatan bencana kebakaran di daerah berkenaan hari ini.

Pengerusi JPBD Datuk Walter Kenson berkata penamatan itu dibuat petang tadi.

“Dengan ini, berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana telah pulih sepenuhnya,” menurut beliau dalam kenyataan di sini.

Pada 2 Mei lepas, lapan pusat pemindahan sementara yang menempatkan mangsa kebakaran Kampung Bahagia ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, sebanyak 1,000 rumah atas air di kampung berkenaan musnah dalam kebakaran pada 19 April lepas sehingga menyebabkan ribuan penduduk terjejas.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan