KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden di Kondominium Sri Hijau itu pada 7.08 malam.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 14 minit kemudian.
"Maklumat awal mendapati kanak-kanak berkenaan disyaki jatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola, semasa kejadian berlaku arus longkang deras dan disyaki mangsa dibawa arus," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Ahmad Mukhlis berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial