BERITA TERGEMPAR   Thomas Cup: China 2 Malaysia 0: Liang Wei Keng-Wang Chang bt Aaron Chia-Soh Wooi Yik 24-22, 21-14 | 
 AM

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Antara Penerima Anugerah Tokoh Hari Pekerja Negara

01/05/2026 03:37 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Imam Besar Negeri Kelantan Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Amran menerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Kumpulan Pengurusan Tertinggi), manakala  Muhammad Hana mendapat Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Kumpulan Pengurusan dan Profesional).

Bagi Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pelaksana) diberikan kepada Penolong Pegawai Latihan Vokasional Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dr N Thinakaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Bhd Ariffin Sabirin pula menerima Anugerah Tokoh Pekerja (Eksekutif), dan Sayyidatul Aisyah Sulaiman daripada Syarikat Aerospace Technology Systems Corp diumumkan sebagai penerima  Anugerah Tokoh Pekerja (Bukan Eksekutif).

Anugerah Tokoh Pekerja (OKU) pula diberikan kepada Muhammad Adib Ibrahim, Anugerah Majikan Terbaik Negara (Syarikat Besar/GLC) dianugerahkan kepada Telekom Malaysia (TM),  manakala Anugerah Majikan Terbaik Negara (SME) diberikan kepada Green Resource Recovery Sdn Bhd.

Sarawak Teacher's Union pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Kesatuan Sekerja Terbaik Negara (Sektor Awam), manakala Anugerah Kesatuan Sekerja Terbaik Negara (Sektor Swasta) diberikan kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Semenanjung Malaysia,

Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia (KPPRSM) membawa pulang Anugerah Kesatuan Sekerja Terbaik Negara (Badan Berkanun).

Sementara itu, Terrence Tan Jian Wai daripada STAR Media Group menerima Anugerah Media Terbaik (Individu), manakala Anugerah Media Terbaik (Agensi) diberikan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Tenaga Nasional Bhd (TNB) pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kontinjen Terbaik Hari Pekerja 2026.

Kesemua penerima bagi 14 kategori itu membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama plak penghargaan.

Bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, majlis tahunan yang disambut setiap 1 Mei itu ialah platform bagi menghargai sumbangan besar tenaga kerja negara selain memperkukuh ekosistem kerjaya menerusi penawaran peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan