JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu Bas Langgar Lampu Isyarat, Rempuh Tiga Kereta Ditahan

26/04/2026 07:22 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Polis menahan seorang pemandu bas berusia 40-an selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan merempuh tiga kenderaan lain di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

​Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata lelaki berkenaan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, bas dipandu suspek dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh tiga kereta.

​"Akibat rempuhan itu, seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai insiden itu pada 8.06 malam semalam manakala saringan awal yang dijalankan mendapati pemandu bas itu negatif terhadap alkohol dan dadah.

​Shamsudin meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Nazar Md Kasim menerusi talian 012-5653395 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-79662222.

​-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan