AM

Fahmi Adakan Lawatan Kerja Dua Hari Di Pulau Pinang, Santuni Komuniti Setempat

24/04/2026 03:17 PM

GEORGE TOWN, 24 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dijadual mengadakan lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang bermula hari ini bagi mendekati komuniti setempat menerusi pelbagai program.

Beliau akan memulakan lawatan pada 4.30 petang dengan meninjau Tapak Projek Fibre-to-the-Home (FTTH) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Pangkalan Udara Butterworth.

Pada sebelah malam, beliau akan menghadiri Program Wayang Pacak di Kabin MPKK Permatang Pasir, Permatang Pauh.

Esok, Fahmi dijadual menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Penolong Jurutera RTM Pulau Pinang, Razif Saidin di Jalan Bagan Belat, Pekan Baru, Penaga yang mengalami kecederaan saraf C4 selepas terlibat dalam kemalangan pada April 2025.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu turut dijadual menghadiri Program Jiwa MADANI di Dewan Tok Mat Yahoo, Kepala Batas bagi sesi taklimat dan penyerahan watikah pelantikan Ketua Komuniti MADANI Negeri Pulau Pinang.

Mengakhiri lawatannya, Fahmi akan menghadiri majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga akan menyaksikan pengiktirafan NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).  

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan