DUNIA

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Sentimen Berhati-hati

21/04/2026 06:39 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa selaras dengan niaga hadapan getah serantau dalam keadaan harga minyak mentah menurun dan jualan kenderaan yang rendah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan mengenai rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

“Harga minyak merosot pada Selasa, menjejaskan kenaikan pada sesi sebelumnya berikutan jangkaan bahawa rundingan damai antara AS dan Iran akan berlangsung minggu ini dan membolehkan lebih banyak bekalan dibawa dari rantau Asia Barat yang merupakan pengeluar utama,” katanya kepada Bernama.

Pada 5.17 petang, harga minyak mentah Brent menurun 0.29 peratus kepada US$95.22 setong.

Beliau berkata jualan kenderaan ringan global pada Mac merosot sebanyak 3.5 peratus tahun ke tahun kepada 8.2 juta unit, sebahagian besarnya disebabkan penguncupan yang ketara di AS dan China.

Beliau berkata niaga hadapan getah Shanghai meningkat pada Selasa, disokong oleh harga fizikal yang kukuh di Thailand dan harga getah sintetik yang tinggi.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 kekal tidak berubah pada 822 sen sekilogram manakala susu getah pukal menurun satu sen kepada 764 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan