DUNIA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Belian Berterusan Saham Wajaran Tinggi

21/04/2026 01:30 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi dagangan tengah hari, disokong minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi serta prestasi positif pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.98 mata atau 0.59 peratus kepada 1,712.28 daripada 1,702.30 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 0.31 mata lebih tinggi pada 1,702.61 bergerak antara 1,700.54 dan 1,716.64 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran turut positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 593 berbanding 451, manakala 519 kaunter tidak berubah, 1,196 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.96 bilion unit bernilai RM1.56 bilion.

Ketika ini, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.13 peratus kepada 26,394.86, Indeks Straits Times Singapura naik 0.21 peratus kepada 5,014.47, Indeks Kospi Korea Selatan melonjak 2.34 peratus kepada 6,364.92, manakala Indeks Nikkei 225 Jepun menambah 1.28 peratus kepada 59,578.40.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota hari ini berkata pasaran kini menantikan perkembangan selanjutnya mengenai situasi di Asia Barat.

Bagaimanapun, firma itu kekal optimistik terhadap sektor utiliti yang terus mendapat manfaat daripada perkembangan pusat data negara serta berperanan sebagai proksi kepada peningkatan grid Tenaga Nasional Bhd.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM11.34, Public Bank meningkat tujuh sen kepada RM4.76, Tenaga Nasional naik 22 sen kepada RM14.62, CIMB Group menambah 22 sen kepada RM7.81, manakala IHH Healthcare susut empat sen kepada RM8.74.

Bagi kaunter aktif, VS Industry menambah dua sen kepada 21 sen, Zetrix AI tidak berubah pada 85.5 sen, MTT Shipping yang baharu disenaraikan di Pasaran Utama susut tiga sen kepada RM1.00, AirAsia X meningkat sembilan sen kepada RM1.39, manakala Sunway Healthcare kekal pada RM1.93.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries melonjak RM1.50 kepada RM35.70, Hong Leong Financial Group naik 42 sen kepada RM19.30, Dutch Lady Milk Industries meningkat 36 sen kepada RM32.38, Hong Leong Bank menambah 26 sen kepada RM22.66, dan UWC naik 26 sen kepada RM4.81.

Bagi kaunter rugi utama, Bintulu Port susut 34 sen kepada RM5.25, UMS Integration turun 27 sen kepada RM5.88, Petronas Chemicals merosot 26 sen kepada RM5.05, Fraser & Neave susut 24 sen kepada RM31.22, manakala Petronas Gas berkurangan 16 sen kepada RM18.06.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 67.95 mata kepada 12,451.73, Indeks FBM Emas menambah 73.02 mata kepada 12,616.37, Indeks FBM Mid 70 naik 76.84 mata kepada 17,765.42, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 21.98 mata kepada 12,445.65, dan Indeks FBM ACE melonjak 50.64 mata kepada 4,633.62.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 230.35 mata kepada 20,247.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.27 mata kepada 184.45, Indeks Tenaga turun 1.32 mata kepada 804.74, manakala Indeks Perladangan merosot 19.13 mata kepada 8,852.99.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan