JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mencari Kepah Di Pantai Balok

17/04/2026 11:19 PM

KUANTAN, 17 April (Bernama) -- Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di Pantai Balok di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu pada 6.02 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba tidak lama kemudian, sebelum memulakan operasi pencarian di pesisir pantai dengan bantuan orang awam.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Salahuddin berkata Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuantan turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi membantu operasi pencarian.

Beliau berkata operasi tersebut melibatkan 12 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah pacuan empat roda, sebuah lori dan sebuah unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan