TEHRAN, 16 April (Bernama-MNA) -- Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan bahawa hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
IMO sedang menyiapkan pelan kecemasan bagi memindahkan hampir 20,000 pelaut dan sekitar 2,000 kapal yang terkandas di Selat Hormuz, menurut laporan media pada Rabu.
Setiausaha Agung IMO Arsenio Dominguez berkata proses pemindahan itu tidak boleh dilaksanakan serentak kerana ia memerlukan penyelarasan rapi antara negara, memandangkan Selat Hormuz hanya kira-kira 30 kilometer lebar dan risiko keselamatan masih tinggi.
-- BERNAMA-MNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial